Friday, December 26, 2008

::Karya Habiburrahman ElShirazy::

Novel merupakan satu kisah atau pengalamn hidup yg merupakn khayalan ataupun realiti kehidupan yg dirakamkan dlm bntk penulisan. Sebenarnya saya tak brapa mnt bc novel sbb isinya yg terlalu panjg dan ayat2 yg agak ssh utk difhmi. Tapi, saya hati mula terbuka utk mmbc novel bila ada seorg kwn bg pnjm novel karangan Habiburrahman El Shirazy. Kebnykn novel2 beliau byk menyntuh soal cinta tapi dlm konteks Islam. Itulh sbnrnya yg menarik mnt saya utk mmbc novel2 karangan beliau. Kadang2 tu terasa seolah2 kita yg jd watak utama dlm citer tu sbb apa yg ditulis oleh penulis adalah pengalamn yg telah dilalui oleh ramai org. Ada seorg kwn saya tegur saya sbb asyik sgt bc novel. Tapi saya jwb just nak isi masa lapng. Drpd wat perkara yg x berfaedh, sekrng2nya blh jgk memotivasikn diri dgn mmbc novel, setuju??...huhu…Klu x cayer try la baca…huhu
Dlm byk2 karya Habiburrahman El Shirazy, hanya bebrapa novel jer yg smpt sy bc…saya try wat sinopsis novel2 yg dah saya bc sbb nak share dgn suma…

1) DI ATAS SEJADAH CINTA (telah difilemkan)



Novel ini mengisahkan seorang pemuda bernama Zahid yang terkenal dengan kezuhudannya. Hampir setiap saatnya dihabiskan di dalam masjid untuk bermunajat kepada Allah. Kezuhudan dan kesalihan Zahid tersebar di seluruh kota Kufah. Di kota itu ada seorang gadis yang sungguh rupawan anak kepada seorang bangsawan. Namanya Afirah. Pada suatu hari Zahid telah menolongnya ketika hampir jatuh dari kuda tunggangannya. Semenjak itulah berputik cinta di hati Zahid. Satu perasaan yang sering mengganggu solat dan munajatnya. Hatinya runsing kerana cintanya kepada manusia mengalahi cintanya kepada Allah. Setiap hari Zahid berdoa agar dijauhkan dari segala dugaan ini. Namun dia juga manusia biasa yang ada hati dan juga perasaan. Cinta itu adalah fitrah. Tanpa disedari, Afirah juga telah jatuh hati terhadap Zahid. Semenjak mengenali Zahid, peribadi Afirah telah berubah menjadi lebih baik. Kerana sudah tidak tertanggung, Zahid memberanikan diri bertandang ke rumah Afirah untuk melamarnya. Malangnya, Zahid telah terlambat kerana Afirah sudah dilamar dan ayahnya menerima lamaran tersebut tanpa bertanya pendapat Afirah terlebih dahulu. Hati Zahid berkecai. Namun cintanya terhadap Afirah masih kuat begitu juga perasaan Afirah terhadap Zahid. Apakah kesudahannya? Bersatukah Zahid dan Afirah? Mari sama-sama kita baca novel ini untuk mengetahui kisah selanjutnya…


2) KETIKA CINTA BERTASBIH (akan difilemkan, sedang dalam perancangan)

Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang mahasiswa di Universiti al-Azhar, Mesir. Siapa tidak mengenali Azzam, namanya terkenal di Iskandariah kerana kepakarannya dalam membuat bakso dan tempe. Pelajarannya terganggu akibat kesibukannya dalam bisnes tempe dan bakso. Matlamatnya sungguh murni ingin membesarkan adik-adiknya dan menyara ibunya di Indonesia. Iskandariah seolah-olah sudah menjadi seperti negaranya sendiri kerana sudah begitu lama menetap di sana. Eliana, seorang gadis yang merupakan kenalan rapatnya kerana bisnes. Eliana merupakan anak gadis seorang bangsawan di Iskandariah. Perasaan cinta terhadap Eliana mula berputik di dalam hati Azzam. Tetapi, ianya hilang kerana Eliana bukanlah gadis impiannya. Padanya Eliana cuma seorang gadis sekular yang berperwatakan barat. Manakala Azzam adalah seorang pemuda soleh yang begitu taat kepada perintah Allah. Dan tidak mungkin Eliana adalah pilihannya. Azzam menceritakan hasratnya untuk mencari pasangan kepada Pak Ali. Pak Ali kemudian memperkenalkannya dengan seorang gadis yang memenuhi citarasanya dan menyuruh Azzam supaya segera melamarnya. Gadis itu bernama Anna Althafunnisa, seorang siswi Indonesia yang mempunyai kecerdikan dan kecantikan yang luar biasa. Akan tetapi, takdir Allah mengatasi segalanya. Gadis itu telah dilamar oleh seorang pemuda yang tidak lain adalah kenalan Azzam sendiri. Selepas kejadian itu Azzam membatalkan niatnya untuk mencari pasangan. Apa yang penting baginya adalah menyara keluarganya di kampung dan menamatkan ijazahnya. Setelah berada di Indonesia Azzam telah bertunang dengan seorang gadis namun Azzam terpaksa melepaskan gadis itu kerana Azzam dan ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Akibatnya, ibunya telah kembali ke rahmatullah. Namun, Azzam tetap tabah menghadapi segalanya. Rahmat Allah hanya pada hambanya yang bersabar. Azzam meminta pertolongan Pak Kiyai Lutfi untuk mencarikannya seorang pasangan hidup. Pak Kiyai Lutfi tidak lain adalah ayah Anna Althafunnisa. Pada satu hari Azzam telah mendapat satu berita paling gembira yang tidak pernah disangkanya selama ini. Apakah berita itu? Siapakah jodoh Azzam? Segalanya dapat diketahui jika anda memiliki novel ini…ikutilah kisah suka & duka Azzam dalam novel ini…

3) AYAT-AYAT CINTA (telah difilemkan)

Sebuah kisah yang telah difilemkan baru-baru ini. Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Fakhri yang juga merupakan seorang penuntut di Universiti al-Azhar, Mesir. Fakhri merupakan seorang pemuda yang tekun dalam menuntut ilmu terutamanya ilmu agama. Hampir seluruh masanya dihabiskan untuk menadah kitab di masjid-masjid. Perwatakannya yang terpuji menarik minat ramai gadis-gadis bukan sahaja siswi Indonesia malahan gadis Mesir untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Seorang gadis Mesir yang juga jirannya bernama Maria adalah salah seorang dari mereka. Gadis itu mula menaruh hati terhadapnya tanpa dia sendiri menyedarinya. Fakhri menganggap gadis Mesir itu cuma sebagai seorang kawan dan jiran yang baik dan tidak lebih dari itu. Fakhri juga seperti pemuda lain yang ingin hidup berpasangan. Setelah mendapat restu dari ibunya pada suatu hari Fakhri menemui Syaikh Utsman menyatakan hasratnya itu. Lalu Syaikh Utsman memberikannya 2 keping gambar dan meyuruhnya untuk solat istikharah agar diberikan petunjuk. Syaikh Utsman memberitahu bahawa Fakhri mengenali gadis itu. Perasaan risau, takut dan bingung menguasai dirinya tatkala ingin dipertemukan dengan gadis itu di rumah Syaikh Utsman. Alangkah terkejutnya Fakhri tatkala melihat wajah gadis itu. Siapakah gadis itu? Benarkah Fakhri telah mengenalinya? Bagaimana pula dengan Maria? Segala persoalan ini akan terjawab bila anda memiliki novel ini…

Read More..

Thursday, December 18, 2008

::FatWA KonTEmpoRaRi::




FATWA YOGA


"Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga. Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.


(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis.




Read More..

Tuesday, December 16, 2008

::Dragon Ball Z the Movie::

ini trailer "Dragon Ball Z the Movie"....movie ni dijadual akan ditayangkan pd April 2009...


Read More..

::VisIT tO SabAH::

12 Nov - 18 Nov 2008



-DEPART FROM LCCT-

itu adalah tarikh keramat..1st time aku naik flight p sabah aritu...kitorng suma ada lbh kurng 36 org yg p...sbnrnyer ada progrm kem motivasi kat salah sebuah sekolah rendah kat Papar....tp nama sekolah tu pelik ckit...namanye Sek. Keb. Buang Sayang...maknanyer kat ctu x der ksh sayang la..sbb asyik kena buang jer...huhu...gurau jer...



-KINABALU BOTANICAL GARDEN-

tp bak kata pepatah menyelam sambil minum air...sambil2 tu kitorng p round2 sabah...progrm tu 6 hari...3 hari kitorng spend utk progrm motivasi tu pastu lg 3 hari tu la pluang kitorg round2 sabah...huhuh...tp x sempat round suma tmpt la...kitorng just sempt p K.Kinabalu n Tuaran je...kat K.K tu mcm2 tmpt kitorg p..muzium, zoo, hotspring, tmn burung, dll...pastu kitorg sempt jgk singgah2 ptg ke UMS (universiti malaysia sabah)...tp x blh nak jupa mmbr2 UMS coz diorg tgh final time tu...klu nak tau bsr giler kwsn UMS tu...lbh kurng 2x ganda UIA kot...tp time tu lupa plk nak bwk tali tape nak ukur kluasan UMS...huhuh...







-BARISAN COMMITTEE & FASI-

-ZOO LOK KAWI-

kat K.K tu ada satu market nama dia filipine market...kitorg p ctu tp x singgh kat situ...kitorg singgh market yg sblh dia...sbb market sblh dia tu ada jual mcm2 brg cenderamata, cenderahati, cenderawasih pun ada...huhuh...tp yg plg pntg ada jual mutiara...kat semnnjng bkn blh dpt mutiara semurah mcm kat sana....tp yg plng x tahan bdk2 pompuan p sana 2x...ish3...pompuan ni mmg suka boros la...huhuhu...tp kitorg pun join jgk...huhu...ada yg spend smp rm200-300 beli mutiara...ish3...kan ke elok klu wat sedekah duit tu...tp aku pun x ketnggln jgk beli...huhu...maklum la bkn sll dpt pluang p sana...tp aku spend x la smp byk mcm tu...aku spend ckit jer lbh kurng rm1000 je...huhuh...gurau je..tp smpt jgk aku belikan mutiara utk org2 tersyg (mak n akak aku la)...huhu



-VISIT TO UMS-

tp progrm tu mmg best...aku rs the best progrm i've ever joined...bkn sbb apa...sbb tu la last progrm aku kat UIA...sdey...isk2...lps ni dah x blh join lg dah prgrm2 mcm ni...

TAHNIAH KPD COMITEE2 YG MNGNJURKN PROGRM NI...ALL THE BEST...


<<<<>>>>>

Read More..

Monday, December 15, 2008

::MoTivaSi::


Motivasi Dr. Fadilah Kamsah (Keseronokan Bekerja Part 1)


Read More..

Sunday, December 14, 2008

::cIteR LaWAk::

100%

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya. "Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya. "Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."


Nenek tua

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata"Nanti dulu". Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu". Akhirnya mereka bertanya : "Bila kami boleh melihat bayi engkau..?" "Bila dia menangis". "Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?" "Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."



Datang Lambat

Cikgu Aiman hairan kenapa Aiman datang lambat hari tu.. "Aiman kenapa datang lambat?""Kerana papan tanda cikgu" jawab Aiman. ""Apa hal pulak dgn papan tanda tu?" tanya cikgunya lagi.AWAS SEKOLAH DI HADAPAN, PERLAHAN-LAHAN.



Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.Anak : "Ayah, di..."Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"


Read More..

::TERLANJUR MENYINTAIMU::

Harriz. Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia pernah menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinan yang berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian yang boleh menjatuhkan maruah seorang suami. Aku tahu, Harriz tidak pernah mempersetujui dengan apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yang suci.




Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Izham tidak seperti Harriz? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka antara satu sama lain.Harriz terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya. Kenapa?..... Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan pemimpin yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat. Adakah aku yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas menyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri.“Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yang ikhlas mencintai awak. Saya tahu taraf awak dan saya berbeza ibarat langit dan bumi tetapi untuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan saya sebagai bukti bahawa saya menyayangi awak.

Walaupun kontrak kita hanya setahun tapi cinta saya sampai ke mati.”Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amat sukar. Sekali saya dah letakkan awak dalam hati saya bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang saya cintai walau awak membenci saya seumur hidup awak……”Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. Keegoan aku ketika itu mulai luntur tapi hati aku keras. Aku menolak cintanya mentah-mentah kerana bagi aku, lelaki mudah mengeluarkan kata-kata manis namun untuk membuktikannya adalah satu dalam sejuta.

Aku tidak mempercayai Harriz....Bagi aku, Izham lelaki pertama yang mencuri hati aku adalah terlalu sempurna untuk aku. Aku bertemu dengan Izham sewaktu kami menyambung pengajian di London. Izham bijak memainkan kata-katanya dengan rupa parasnya yang kacak itu untuk menambat hati aku. Hanya dunia sahaja yang tahu bagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapat berpasangan dengan Izham , seorang lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis lain di luar sana.Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiada sebarang masalah di antara kami sepanjang perhubungan itu.

Pertengkaran kecil adalah perkara biasa bagi kami. Seringkali juga kawan-kawan aku menasihatkan supaya berpisah dengan Izham kerana dia bukanlah seperti apa yang aku sangka. Dia adalah Romeo. Banyak kali mereka terserempak dengan Izham bersama gadis-gadis lain. Aku yang bodoh kerana tidak pernah percaya dengan kata-kata mereka.Pada fikiran aku ketika itu, mereka terlalu cemburukan aku. Itulah sebabnya mereka memfitnah Izham supaya hubungan kami putus dan mereka boleh mengambil kesempatan memenangi hati Izham. Sehinggakan aku hampir hilang kawan hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai Izham.
Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Izham masih di London kerana tempoh pengajiannya ada lagi setahun. Ketika itulah detik hidup aku bersama Harriz bermula. Aku telah dijodohkan dengan Harriz oleh ayahku.Entah mengapa, ayah terlalu sukakan Harriz sedangkan Harriz hanyalah pekerja bawahan ayah. Dia bukanlah dari keluarga yang senang dan setaraf dengan kami. Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua.Kata ayah, Harriz mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibu menjaga, mendidik dan membesarkan aku. Dia percayakan Harriz sehinggakan dia pernah berkata segala hartanya termasuk aku akan diserahkan kepada Harriz andai satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya. Kepercayaan ayah terhadap Harriz memang tiada batasan, begitu juga dengan ibu.

Aku tahu, ayah ada penyakit yang kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggup untuk menolak permintaan ayah. Mereka adalah segala-galanya untuk aku.Betapa perit dan payahnya mereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah dari keluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dan semangat ayah yang tinggi serta dorongan ibu membuatkan aku dapat menikmati hidup ini dengan segala kemewahan yang tak dapat aku bayangkan. Tapi, aku juga inginkan kehidupan aku sendiri.Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir lama.Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut membuat perjanjian dengan Harriz lelaki yang tidak pernah aku temui.
Aku bencikan Harriz kerana aku menyangka Harriz bukanlah seperti apa yang ayah bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar untuk merampas kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu.“Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya. Kita hanya berlakon di hadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan keluarga awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam perjanjian kita.”Aku tidak berani memandang wajah Harriz ketika kami berjumpa buat pertama kalinya di sebuah restoran.
Aku akui, Harriz memang tampan orangnya malah lebih kacak daripada Izham. Sedikit sebanyak hati perempuan aku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada perkara yang lain. Harriz merenung aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yang aku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandang Harriz dan cuba berlagak serius.“Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Saya dah letakkan fail perjanjian kita di hadapan awak. Takkan awak tak tahu nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?” Aku memerli Harriz. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku dijajahnya.“Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang melihat satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya. Kecantikan yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak, Nurul Ain Bt Hamdi…” Ungkapan pertama keluar dari mulut Harriz.Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang kuminum. Pantas tanganku mencari tisu di dalam beg tangan. Harriz masih tersenyum. Merah padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh Harriz bermain dengan kata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya.
Ahh…Lelaki, semuanya sama…“Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk melambangkan hati awak. Buat pengetahuan awak, saya ini bukanlah seperti apa yang awak bayangkan. Niat saya ikhlas untuk memperisterikan Nurul Ain Bt Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah, awak takut saya akan merampas semuanya itu dari tangan keluarga awak. Terus terang saya katakan, seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudung tangannya atau bisu mulutnya saya tetap akan mengahwini awak walau awak miskin sekalipun
”Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah wujud sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumi bertuah ini.” Harriz tersenyum lagi.Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu. Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguh pelik orang ini. Harriz membuka fail biru itu.Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen dari poket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut.“Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?” Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz. Sekali lagi dia memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna baginya.“Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubah untuk menerima saya bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?” Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya.Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku ketika itu. Lelaki ini benar-benar lain. Tidakkk!!…..Aku bukan mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada Izham masih kuat. Harriz bangun. Air minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci sepertimana aku.“Assalamualaikum….” Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya sebelum meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini.Sebelum aku berjumpa dengan Harriz, terlalu banyak kemusykilan tentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. Kini pada pertemuan pertama kami, semakin bertambah kusut fikiran aku memikirkan tentang Harriz.Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau adakah dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhhh….makin difikir, makin pening aku dibuatnya.Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Harriz juga begitu.
Perhubungan aku dan Harriz memang terbatas. Itu adalah syarat aku sendiri sebelum Harriz melafazkan akad nikah.Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan tersebut. Harriz benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi Harriz bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu.“Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah dengan awak, saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak.”Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri yang sedang berhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darahku ketika itu. Aku menjarakkan diri. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan renungan Harriz semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini.

Harriz cuba untuk memperdayakan aku dengan kata-kata manisnya.“Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk menyintai awak!!”Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak tahu bukan? Izham lebih dahulu hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang awak perlu tahu!!” Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani.Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain. Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku pada Izham semakin kuat dan kesalahan aku pada Izham juga berat.Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut wajahnya yang mungkin terkejut dengan kata-kata amarahku yang tiba-tiba.
“Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih boleh jadi kawan,” ringkas sahaja kata-kata Harriz kali ini. Aku masih tidak memandang wajah Harriz.“Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita berjemaah,” pelawa Harriz lembut. Aku memandang wajahnya.Dia tersenyum, “saya tunggu di bilik.” Harriz berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-api itu. Nampaknya Harriz masih boleh buat muka selamba sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumahku.Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri Harriz supaya dia membenci aku.
Kini, perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak.Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi. Harriz tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikut segala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak menjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku. Aku bertambah bingung. Segala apa yang aku lakukan semuanya tidak menjadi. Harriz masih lagi menyayangi dan menyintai aku.Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rindukan Izham di saat-saat begini. Aku kesunyian. Tanpa Izham aku rasa kehilangan. Kadangkala aku nampak bayangan Izham dalam diri Hariz. Sampai bila aku mampu bertahan. Harriz terlalu baik terhadap aku. Hanya perempuan gila sahaja seperti aku yang tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini.
Apakah perasaan aku terhadap Harriz sekarang? Aku semakin bingung dengan kehidupan yang aku lalui kini.Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat di rumah. Tapi, bukan kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat supaya Harriz menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas berseronok di luar. Terjengket-jengket kaki aku melangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan Harriz yang tinggal di sini.Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. Minta-minta Harriz akan memarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu yang besar di hadapan.Hampir terjatuh aku dibuatnya namun, mujur da seseorang yang sempat memaut pinggangku supaya tidak terjatuh. Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang tamu dipasang…Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut oleh Harriz. Mata bertentang mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku pantas menolak Harriz ke tepi.
Wajahku mula berubah. Merah padam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar ada dalam diri aku sekarang“Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?” Aku memarahi Harriz.“Saya tunggu awak….”“Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budak kecik lagi. Saya tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?”“Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaran awak, masak lemak cili api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan lagi ni.”Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku tak makan apa. Tengah hari tadi tak keluarpun sebab kerja banyak.Petang pula ada mesyuarat. Bila dah habis kerja, aku pulak yang sengaja balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hati Harriz. Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju nak makan dengan dia. Habislah rancangan aku nak bagi dia marah.“Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Takpelah saya dah kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah sorang.”Aku pura-pura menguap di hadapannya “Ahh.. ngantuknya..”“Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar.” Harriz terus menuju ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macamana dia tahu aku tak makan? Aku masih lagi tercegat di antara ruang tamu dan ruang makan.
Sesekali aku menjeling ke arah Harriz yang sedang leka menyiapkan makan malam yang rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak makan kerana menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia.Aku pantas menaiki tangga meninggalkan Harriz.“Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan susah…” Harriz menasihati aku. Langkahku terhenti.“Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!” aku bentak keras.“Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye. Pergilah awak berehat,” Harriz mengakhiri perbualan kami. Aku terus naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nak terbalik dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang tahu.
Kenapalah aku boleh bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak, aku saja yang sombong tak bertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankah aku…?Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila terpaksa berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami.
Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku kena memainkan peranan sebagai isteri dan Harriz sebagai suami sedangkan gelaran itu memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapi Harriz bijak memainkan peranannya sebagi suami.“Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?” Aku mengajukan soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami menjamu selera tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak oleh Harriz tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu tersenyum menggeleng.“Ain…Ain… Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salahke mak melawat anak mak yang kini dah jadi isteri orang,” balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak ye jugak..“Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan ayah, taklah sunyi kami ni..” Harriz menyampuk.
Aku menjeling pada Harriz. Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak.“Yelahh, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat rumah, lagipun ayah kerja.” Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka tapi aku tak mahu berlakon lagi.“Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah.”Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik.Aku lihat Harriz tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik Harriz sekarang. Betul-betul mengambil kesempatan.
Aku pantas bangun. Semua mata memandang ke arah aku.“Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Ain balik. Mak dan ayah tak payah tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain balik.”“Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja jugak. Kesian kat Harriz ni. Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga makan pakai si Harriz ni. Kesian Harriz.” Berbakul-bakul ibu membela Harriz. Eeeee….bertambah-tambah geram aku. Ayah hanya tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala.Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang jauh dari api.“Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini.” Aku membalas kata-kata ibu dengan harapan Harriz akan membantu aku.“Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang kasih sayang Ain pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya masa kursus kat Tokyo dulu.” Harriz menyokong aku.Lega rasanya di hati. Aku memandang Harriz. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Harriz.“Saya pergi dulu, bang..” Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang sebenarnya dibuat-buat.Aku terlalu rindukan Izham.
Kenapa Izham tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengar suaranya. Izham masih lagi di London. Dahulu, di awal usia perkahwinan kami Izham sering menelefon aku. Suaranya benar-benar memberi aku semangat. Izham tahu mengenai masalah aku dan Harriz.Dia juga tahu rancangan aku mengenai ‘perkahwinan kontrak’ ini. Izham langsung tidak memarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima Harriz bukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku pada ayah. Dia jugalah yang menyokong aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup menunggu aku bukan saja setahun malah selama hayatnya masih hidup dia sanggup menanti aku. Aku dapat rasakan ketika itu akulah wanita yang paling bertuah kerana dapat memiliki cinta Izham yang betul-betul ikhlas menyayangi aku.Namun suara Izham hanya dapat aku dengar 3 bulan yang lalu. Di mana Izham sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu dan terus menunggu kehadiran aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku jadi Izham pun sudah pasti perkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahun bukannya tempoh yang singkat. Sedangkan hati boleh berubah inikan pula penantiannya yang boleh dianggap satu angan-angan yang tak pasti.Ini semuanya berpunca daripada Harriz.

Kadangkala aku terlalu bencikan Harriz tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak dapatku sangkal bahawa dia seorang suami yang baik, dan benar-benar mengambil berat tentang diri ini. Aku sahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya dalam hidup aku. Tiada lelaki lain selain Harriz yang tulus ikhlas menyayangi, menyintai, dan menghormati aku. Bila difikir-fikirkan, aku rasa bertuah kerana punya seorang suami yang terlalu memahami aku.Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yang perlu didodoi. Aku sakit dia menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi tukang masakku malah bila aku terlambat ke pejabat dia sanggup menghantarku sedangkan ketika itu dia punya urusan lain. Tapi, kenapa mesti Harriz? Bukan Izham?Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodohku memang bersama Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidup bersama Hariz sehingga aku mati. Di mana Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah tiada lagi cintakah di dalam hatinya untukku? Atau aku sahaja yang mengangankan sesuatu yang bukan milikku. Sedangkan sesuatu
yang sudah tentu menjadi milikku aku abaikan begitu saja.

Antara Harriz dan Izham?? Siapa yang harus aku pilih? Ooohhh…Terlalu sukar hidup ini.“Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awak ke klinik..” Aku ingat lagi peristiwa pertama yang mencetuskan rasa sayang aku pada Harriz dan wujudnya rasa cinta dan kasih di hati ini pada Harriz. Ketika itu aku demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerja ketika itu.Nak bangun dari katil pun tak terdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan Izham dan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja-kerjaku di pejabat.“Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak tak payah nak risaukan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buatlah kerja awak. Jangan ganggu saya, boleh tak?” Aku meninggikan suara.Tapi bukannya aku marahkan Harriz, cuma aku tak tahan dengan kesakitan di kepala yang aku alami. Harriz masih tak berganjak. Dia meletakkan tangannya di dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan Harriz. Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu. Dengan pantas tanpa pedulikan kemarahanku, Harriz terus mendukungku keluar dari bilik. Aku benar-benar terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh Harriz menjadi sasaran aku untuk memukul.“Awak nak bawak saya ke mana ni ? Lepaskan saya!!” Aku cuba menjerit tapi badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan suara.“Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh untuk dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya nak bawak awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting sekarang.”Harriz….Sungguh mulia hatimu.
Aku buta untuk menilai kasih sayangmu yang mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada orang yang tak pasti.Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai cair. Sepanjang aku terlantar sakit Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segala makan dan pakai semuanya Harriz yang lakukan untuk aku, biarpun pada mulanya aku malu dengan tindakan Harriz.Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam diri ini pada Harriz berubah menjadi kasih dan sayang pada Harriz. Aku benar-benar terharu dengan keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga dengan ketabahan Harriz yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang. Dia tidak pernah kisah dengan caci makiku dan kutukan aku pada dirinya selama ini.Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cinta pada Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk meminta maaf pada Harriz walaupun selama ini aku yang banyak melakukan kesilapan.
Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan kewajipanku. Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada Harriz.Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku boleh gembira sekarang kerana tidak lama lagi Harriz akan melafazkan kata-kata keramat bagi seorang isteri. Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan sekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan aku pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah tiada lagi.Yang terbayang di dalam fikiran aku sekarang hanyalah Harriz Bin Hisham, seorang suami yang terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Aku benar-benar takut untuk berpisah dengan Harriz. Selepas ini Harriz bukanlah lagi peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupku selepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauan Harriz. Ooohh..TuHAN!! Apa yang telah aku lakukan sekarang?“Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya, selagi itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan. Biarpun dalam kontrak tidak tertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorang suami supaya menjaga isterinya samada dalam keadaan susah mahupun senang. 2 minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada saya tidak akan hilang. Begitu juga dengan cinta saya. Ianya tidak akan pernah pudar. Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama awak Nurul Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya.”Harriz mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku yang terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahiku. Terasa ingin mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku ketika itu masih tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati Harriz dapat aku dengar cuma aku tidak berani untuk menatap wajah Harriz ketika itu.
Harriz, kenapa kau terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak layak untuk berada di hatimu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk menyintai seperti mana engkau menyintai aku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini, berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku malu sebenarnya Hariz. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Harriz.
Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali saya, tapi awak sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh namanya?” Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz sewaktu kami menjamu selera di sebuah restoran selepas balik dari berjumpa dengan ibu dan ayah. Harriz tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaget.“Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami isteri lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati saya. Hampir dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa dengan awak.” Harriz sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakin keliru. Kali ini aku yang memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan di kepala.“Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya supaya bertemu dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya juga pernah belajar di luar negara dan sama universiti dengan awak.” Aku ternganga.Ligat otakku mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah aku jumpa di London. Rasanya tiada langsung wajah Harriz yang pernah aku jumpa. Betulke dia ni atau sengaja nak memainkan aku?“Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi kenapa saya tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak bergurau dengan saya.” Aku seakan tidak percaya. Benarkah apa yang Harriz cakapkan sebentar tadi?“Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya belajar waktu malam, tapi awak dan Izham selalu datang makan di restoran tempat saya bekerja. Ingat tak Café Bistroze? Saya jadi pelayan bar di situ. Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajar sepenuh masa.Siang saya bekerja dan malam saya belajar. Ketika itulah saya sempat mengenali awak.” Harriz menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskan minuman. Aku terdiam.
Sungguh tak ku sangka, dunia ini terlalu kecil. Tuhan menemukan aku dan Harriz tanpa aku mengenali siapa dirinya. Harriz terlalu pandai menyimpan rahsia.“Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yang sah seperti mana termaktub dalam kontrak yang telah saya tandatangani. Biarpun hati ini berat untuk melepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa dengan janji saya.”Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosa paling besar di mana saya tidak dapat memaafkan diri saya sendiri. Awak terlalu suci di mata saya. Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang seringkali melukakan hati awak selama ini. Saya benar-benar berharap agar awak dapat ampunkan dosa-dosa saya.” Harriz tertunduk menahan sebak di dada.“Terus terang saya katakan, esok adalah hari yang paling saya takutkan. Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala takdir hidup saya yang selama ini saya rasakan indah. Hidup bersama awak adalah satu kenangan yang paling manis buat saya. Segalanya berubah bila awak hadir dalam diri saya. Awak adalah semangat saya untuk saya teruskan hidup ini yang kian singkat….”Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir Harriz. Apa yang dia cuba maksudkan? Hariz yang berada di hadapan aku sekarang bukanlah Harriz yang selama ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya. Lain benar seakan menyimpan satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku juga dapat lihat air mata lelakinya hampir mengalir tapi mampu ditahan.
Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang sepatutnya memohon ampun dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar. Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan keputusan saya selama ini. Awak seorang lelaki yang terlalu baik dan saya tidak layak untuk berada di hati awak. Saya percaya, selain saya akan ada seorang wanita lain yang akan muncul dalam hidup awak dan benar-benar menerima cinta awak dan menyayangi awak lebih dari segala-galanya di dunia ini.”Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di hadapannya.
Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan masa. Tidak tahu berapa lama lagi.Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan dirimu yang tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidak nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidupku. Harriz hanya mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciuman kasihnya diberikan. Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya yang terakhir sebelum kami berpisah.“Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada saya. Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar zarah di hadapan mata hati awak, namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat awak. Setahun adalah satu tempoh yang singkat untuk saya lebih mengenali awak.”
Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang paling bertuah dapat memiliki awak.” Kami bertentangan mata buat kali terakhir. Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya. Takdir kami akan berubah esok. Mungkinkah ianya terjadi….Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan terjadi, begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub. Ahhh..undang-undang yang dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esok akan ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku, malah Harriz lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku. Malah kerana cintanya itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia menghormati segala keputusan aku kerana ikhlasnya cinta Harriz pada diri ini.
Keesokan harinya aku terlewat bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakan sesuatu…Harriz tiada di dalam biliknya. Begitu juga dengan kereta Harriz, tiada di luar. Aku terduduk di ruang tamu.Terlalu cepat Harriz meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu pada aku buat kali yang terakhir. Mungkin Harriz tidak mampu untuk berhadapan dengan aku.Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat lihat sepucuk sampul surat berwarna biru di atas kontrak tersebut. Hati aku berdebar-debar. Semakin lama getaran di dadaku semakin terasa. Tanganku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh surat tersebut. Lama aku perhatikan surat Harriz. Aku tak sanggup nak buka kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di dalam baris-baris ayat surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus menerima segala keputusan dengan tenang.Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Harriz biarpun Harriz berat untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka lembaran surat tersebut dan akhirnya….
Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM dengan ini menceraikan NURUL AIN BT HAMDI dengan talak satu. Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan yang telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER 2002
-HARRIZ BIN HASHIM-
Dia benar-benar melakukannya…Pertama kali air mataku mengalir. Aku kini bukan milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku sendiri kerana permainkan undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang.Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu. Kenapa hatimu terlalu lembut?Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah ? Andai ianya berlaku sudah pasti aku tak mahu engkau meninggalkan aku. Aku mula menyayangi dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diri ini pada Harriz sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya…Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dengan Harriz. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana Harriz membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari Harriz.Aku ingin mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain selain Harriz yang boleh menjadi suamiku.
Aku ingin bina semula istana cinta kami yang telah aku runtuhkan dahulu disebabkan kebodohan aku.Tapi, di mana aku nak mencari Harriz? Sudah merata tempat aku pergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal. Adakah sengaja Harriz tidak mahu berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah dosa aku padanya?Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan Hariz. Mereka benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah marahkan aku, begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidak lama kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku dan Harriz tidak boleh kekal bersama cuma mereka kesal dengan sikap dan perangai aku yang tidak pernah berubah. Aku terlalu degil dan sukar untuk dibentuk. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Harriz. Sekarang, aku bukan seperti aku yang dulu.Harriz telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya. Dia jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu erti cinta, kasih, sayang dan rindu.Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di sisi.
Cinta, kasih dan sayang pada Harriz semakin hari semakin bertambah. Nama Izham terus hilang dari ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segala kegiatan jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari Harriz yang tertinggal di rumahku selepas Harriz menghilangkan diri pada pagi yang keramat itu.Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Izham di London tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlah seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita seperti aku. Sampai sekarang Harriz tidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya.Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu. Barulah aku tahu memang Harriz lebih mengenali aku daripada aku mengenali diriku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini.
Harriz…..Di mana kau sekarang…Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya boleh meluruhkan jantung aku di saat itu jua. Berita tentang orang yang sangat-sangat aku ingin jumpa. Akhirnya dapat juga aku mendengar berita tentang Harriz tetapi malang kerana ketika itu aku berada di luar negara menguruskan perniagaan ayah yang ada masalah.Aku menggantikan kerja-kerja Harriz kerana Harriz bukan sahaja berpisah dengan aku malah jawatannya sebagai CEO di syarikat ayah juga turut dilepaskan.
Ibu yang menelefon aku ketika itu mengkhabarkan berita tidak baik tentang Harriz. Harriz kini berada di wad jagaan rapi (ICU). Harriz sakit kuat sekarang. Begitulah kata-kata terakhir yang sempat aku dengar dari ibu kerana perbualan kami terputus disebabkan cuaca buruk di New Zealand yang ketika itu mengalami musim sejuk.Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk mengetahui berita selanjutnya tentang Harriz. Aku menangis semahu-mahunya. Aku ingin pulang segera tapi semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa hari kerana cuaca buruk. Aku takut andai aku akan kehilangan Harriz dan aku tak sanggup untuk mendengar berita kehilangan Harriz sekali lagi.
Harriz…Ya Tuhan, selamatkan Harriz.Andai ada jodohku bersama Harriz, pertemukanlah kami di bawah limpahan rahmat kurniamu… Aku tidak dapat tidur lena selepas mendengar berita Harriz. Setiap waktu yang berlalu aku terkenangkan Harriz. Bagaimana keadaan Harriz sekarang? Jariku tidak putus asa ligat mendail nombor telefon ibu, namun tidak berjaya. Setiap saat degup jantung ini dapat aku rasakan semakin laju.Semuanya kerana mengenangkan keadaan Harriz. Mungkin sekarang Harriz amat memerlukan aku berada di sisinya tapi aku tak boleh Harriz. Kita terpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu tapi hati ini terlalu dekat padamu. Andai kau dapat mendengar suara hati ini, ingin aku katakan bahawa di saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamat dan dijauhkan dari segala kesulitan hidup.Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi.
Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di atas keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan Tuhan selama ini.Harriz…Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-benar telah meninggalkan aku bersama kenangannya. Harriz tidak lagi akan aku temui sampai bila-bila..
“Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hari yang lalu. Harriz sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser hatinya dah semakin merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu rindukan Ain tapi dia tak mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta maaf Ain…..”
Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa berada di awangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi. Aku terduduk.Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu banyak pada Harriz.“Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada Harriz dan Ain tidak sempat untuk sujud di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan Ain…” Aku menjerit sekuat hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Aku keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat Harriz yang wujud dalam diri ini tapi kini Harriz meninggalkan aku secara tiba-tiba.Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Harriz tidak pernah menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata Harriz malam itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya.
Kalaulah aku tahu begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisah dengan orang yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga Hariz sehingga dia mengucapkan lafaz kematian di hadapan mata aku sendiri. Tapi, itu semua telah terlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku. Hariz meninggalkan aku di saat-saat cinta ini telah berputik.Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi. Hanya pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air mata ini jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku dapat merasakan Harriz seakan berada di sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata kerana meratapi kematiannya.Harriz, jika dapat kau dengar luahan hati ini, ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf padamu yang tidak pernah sempat terucap di bibir ini biarpun ketika kita bersama.
Baru kini aku dapat menilai erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh dan keegoan ini telah memakan diri aku sendiri.Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku baca. Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang engkau karangi hanya semata-mata untukku. Aku tahu aku benar-benar bersalah !!!..Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam hati ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat bersama. Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan kemaafan aku pohon padamu Harriz…Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku membacanya. Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana tidak dapat melihat di saat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi telah ditentukan Tuhan.
Sesungguhnya… syurga seorang suami adalah ketika bersama isterinya dalam susah dan senang…
Permata hati buat isteri yang disayangi Nurul Ain Bt Hamdi…Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas…. Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya… Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak… Namun, harapan itu tetap ada dalam impian saya Saya sayang awak lebih dari segalanya Saya mencintai awak dengan setulus hati Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untuk Hawa… Namun, pemergian saya tak dirancang… Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya. Biarpun saya tiada di sisi awak lagi Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini yang sentiasa mencintai awak…
HARRIZ BIN HASHIM-01 JANUARI 2003
Original Cerpen From:Intan Farah Dina bt Zaine

Read More..

Tuesday, August 5, 2008

::KenAnGAn::


"...Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah...
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang...
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan....
Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir...
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir...
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan...
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya...
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa..."

Read More..

::FATWA KONTEMPORARI (Suara wanita & fitnah)::

Sebahagian orang berprasangka buruk terhadap wanita. Mereka menganggap wanita sebagai sumber segala bencana dan fitnah. Anehnya, mereka juga mengemukakan dalil- dalil agama untuk menguatkan pendapat itu, sehingga kadang- kadang tidak sahih dan adakalanya sahih tetapi mereka salah memahami maksud sebenar dalil itu. Seperti hadis tentang peringatan terhadap fitnah wanita:
“Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada fitnah wanita”.
Apakah maksud hadis tersebut dan hadis- hadis lain seperti itu? Mereka juga mengatakan, “sesungguhnya suara wanita itu sebagaimana wajahnya yaitu aurat. Wanita dikurung dalam rumah sampai meninggal dunia.”

Jawapan:
Islam memuliakan wanita sebagai manusia yang diberi tugas dan tanggungjawab yang kukuh seperti lelaki yang kelak akan mendapat pahala atau siksa sebagai balasan. Tugas yang mula- mula diberikan Allah kepada manusia tidak dikhususkan untuk lelaki tetapi juga wanita. (lihat surah Al- Baqarah: 35)
Namun dewasa ini masih banyak umat Islam yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi hak- haknya serta mengharamkan apa yang telah ditetapkan oleh syara’. Di samping itu mereka kerap menisbahkan pendapat dengan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi: “Bermusyawarahlah dengan kaum wanita kemudian langgarlah (selisihlah)”.
Hadis ini sebenarnya palsu (maudhu’).
Mereka juga sering menisbahkan kepada perkataan Ali bin Abi Talib bahawa ”wanita itu keji segalanya dan segala kekejian itu bermula dari wanita”. Perkataan ini tidak dapat diterima sama sekali kerana ia bukan dari logik Islam dan tidak ada dalam nash. Mereka juga mengatakan bahawa suara wanita itu aurat, tetapi ketika ditanyakan dalilnya yang dapat dijadikan sandaran mereka tidak dapat menunjukkannya.
Apakah mereka tidak tahu bahawa Al- Quran memperbolehkan lelaki bertanya kepada isteri- isteri Nabi s.a.w dari sebalik tabir? Bukankah isteri- isteri Nabi itu mendapat tugas dan tanggungjawab yang lebih berat, sehingga ada perkara yang diharamkan kepada mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian Allah berfirman:
“..Apabila kamu meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri- isteri nabi) maka mintalah dari belakang tabir..” (Al- Ahzab: 53)
Yang dilarang bagi wanita ialah...melunakkan pembicaraan untuk menarik lelaki yang boleh diistilahkan dengan al- khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana firman Allah Taala:
”Hai isteri- isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucaplah perkataan yang baik”.(Al- Ahzab: 32).
Namun begitu bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan lelaki lain. Orang-orang yang merendahkan wanita itu sering memahami hadis dengan salah,mereka menyampaikan hadis sahih bukhari seperti: “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada wanita”. Mereka telah salah faham. Kata fitnah dalam hadis di atas mereka ertikan dengan “wanita itu keji dan merupakan azab, ancaman, atau musibah yang ditimpakan manusia seperti ditimpa kemiskinan, penyakit dan kelaparan.” Mereka lupa suatu masalah yang penting yaitu manusia juga difitnah dan diuji dengan kenikmatan lebih banyak daripada diuji dengan musibah.
Allah berfirman:
“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya..(Al- Anbiya: 35)
Al-quran juga ada menyebut harta dan anak- anak yang merupakan kenikmatan hidup dunia sebagai fitnah yang harus berwaspada, sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya hartamu dan anak- anakmu hanyalah cubaan bagimu..”
(At- Taghabun: 15)
Sebagaimana dikhuwatirkan manusia akan terfitnah oleh harta dan anak- anak, begitu juga dengan wanita. Firman Allah:
Hai orang- orang beriman, sesungguhnya di antara isteri- isterimu dan anak- anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati- hatilah kamu terhadap mereka..”(At- Taghabun: 14). Wanita menjadi fitnah apabila mereka menjadi alat untuk membangkitkan nafsu dan keinginan dalam hati lelaki. Ini merupakan bahaya yang sangat besar.
Note: Ringkasan dari Syeikh Yusof Al- Qaradhawi di dalam bukunya fatwa Mua’asharah vol.2.
Diringkaskan oleh: Siti Sakinah bt Mohd Khirrudin

Sumber: www.al-ahkam.net

Read More..

Sunday, August 3, 2008

::Munajat Rabiatul Adawiyyah::

"Kujadikan Engkau teman bercakap dalam hatiku.
Tubuh kasarku biar bercakap dengan yang duduk
Jisimku biar bercengkrama dengan Taulanku
Isi hatiku, hanya tetap Engkau sendiri"

"Wahai Tuhanku, Tenggelamkanlah daku dalam mencintai-MU,
sehingga tidaklah aku tidak lagi mebimbangkan- MU ya Tuhan.
Bintang di langit telah gemerlapan, mata telah bertiduran,
pintu-pintu istana telah terkunci dan tiap pencinta
telah menyendiri dengan yang dicintainya,
inilah aku berada di hadirat-MU"

"Tuhanku, malam telah berlalu dan siang
segera menampakkan diri, aku gelisah,
apakah amalanku Engkau terima hingga aku merasa bahagia,
ataukah Engkau tolak sehingga aku merasa sedih.
Demi keMaha kuasaan-MU, ini lah yang akan kulakukan
selama Engkau beri daku hidup.
Sekiranya jika Engkau usir daku depan pintu-MU
aku tak akan pergi karena cinta pada-MU telah
memenuhi hatiku......

Read More..

Wednesday, July 30, 2008

::Isra' Mi;raj (27 Rejab 1429H=30 Julai 2008)::

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w...

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

1.Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Betlehem, tempat lahirnya Isa putera Maryam.

2.Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

3.Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.

4.Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.

5.Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Read More..

Monday, July 28, 2008

BoriNG2....

x tau nak wat apa ni...tgu azan lama lg...kebetulan arini posa plk tu...klu x posa blh jgk ptg2 mcm ni main futsal ke bola ke...maklum la bln Rejab ni kan di sunat kan berposa...nabi pun galakkan kita berposa pd bln Rejab n Sya'aban sblm dtg nyer Ramadhan...ckp psl posa ni rasa mcm kejap jer dah dtg blk Ramadhan...alhamdulillah akhirnya akan bertemu semula kita dgn bln yg pnh rahmat n berkat...tp sebelum posa wajib rajin2 kan la diri berposa sunat...nnt x la rasa terseksa sgt time posa wajib...jd kan bln Rejab n Sya'aban sbg bln2 latihan utk menempuh ujian yg sebenar pd bln Ramadhan nnt...klu mcm dulu kat kampung masa kecik2 saya suka tukar2 kuih dgn jiran2...tp sekarng ni jiran pun dah x ramai kat kampng...so posa dah x meriah dah mcm dulu...dah la x elok byk berckp masa posa ni...nak kuar beli mkn wat buka...ok wassalam...


Read More..

Sunday, July 27, 2008

QUOTE:Pemimpin politik boleh masuk IPTA

Berita Harian, Ahad, 27 Julai 2008/24 Rejab 1429


Ceramah berkaitan pengajian, akademik
BANGI: Pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang dalam proses bacaan kali kedua di Dewan Rakyat Ogos ini, diluluskan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mereka dibenarkan berbuat demikian dengan syarat memberi ceramah mengenai isu yang ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa...
Beliau berkata, pindaan yang sudah diluluskan Kabinet itu, masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik, tetapi mereka boleh menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik. Katanya, pindaan itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif dan kebebasan dalam mencapai tahap kecemerlangan. "Terserah kepada mahasiswa atau pihak universiti jika hendak menjemput pemimpin pembangkang. Apakah maknanya seorang pelajar universiti jika mereka hanya dibenarkan jemput satu pihak saja.
"Kalau tidak dibenarkan pun mahasiswa boleh mengakses laman web, jadi lebih baik kerajaan benarkan dalam keadaan terpelihara, terkawal. Kita berada dalam dunia maklumat, setakat penguasaan ilmu saja tidak cukup kerana mahasiswa mesti ada 'talent' serta pemikiran yang tajam. "Soalnya bukan hendak jemput parti politik kerajaan saja. Misalnya, jika mahasiswa mahu mendapatkan pandangan mengenai krisis minyak dunia dan kebetulan penceramah yang dijemput adalah daripada parti politik termasuk pembangkang, pindaan AUKU itu akan membenarkannya," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2008 serta pelancaran buku Majlis Kepimpinan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (Maklum), dekat sini, semalam. Minggu lalu, beliau dilaporkan berkata, pindaan AUKU itu dibuat bagi membolehkan mahasiswa membuat keputusan dan menentukan sendiri perkara yang baik dan buruk untuk mereka.
Mohamed Khaled berkata, melalui pindaan AUKU itu juga, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah. "Jika dulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti. "Tetapi tidak bermakna seseorang pelajar itu tidak tertakluk pada undang-undang negara. Jika mereka buat kesalahan mengikut Kanun Keseksaan mereka masih lagi tertakluk di bawah undang-undang negara. Contohnya, jika seseorang mahasiswa terbabit dalam demonstrasi tanpa permit, maknanya tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa," katanya. Beliau berkata, pindaan baru AUKU juga membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung oleh pihak universiti untuk mengambil peperiksaan.

Read More..

QUOTE: Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru

Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru
Malaysiakini.com, Jul 26, 08 9:49pm

Satu statement telah dibuat oleh Tuan Guru selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang. Satu statement yang agak mengejutkan bagi saya. Tapi pada pandangan saya cadangan beliau ini bertepatan dengan situasi negara kita sekarang yang semakin meruncing samada dari segi ekonomi mahupun politik. Memang sudah tiba masanya untuk kita semua bersatu dalam membentuk satu gugusan parti Islam yang bertunjangkan Islam yang murni tanpa ada sebarang anasir-anasir luar yang mengganggu. Tapi sebelum segala-galnya bermula UMNO perlu mengubah 'ideologi' nya dengan tidak hanya tertumpu kepada maslahat orang Melayu semata tetapi orang bukan Melayu juga terutama mereka yang bergelar Muslim. PAS pula tidak terlepas dari tanggungjawab untuk membuang segala fikrah yang boleh menjadi batu penghalang kepada usaha yang murni ini. Mmg sekali pandang ianya sesuatu yang agak mustahil untuk direalisasikan tapi "nothing is imposible". Islam adalah agama Allah, selagi kita ada usaha untuk mengagungkan agamaNya selagi itu kita di bawah naunganNya. Memang sudah tiba masanya untuk kita semua bergabung tenaga dalam meninggikan agama Allah ini semula yg semakin dipandang rendah bukan sahaja oleh orang bukan Islam malahan orang Islam sendiri.
"Islam Itu Tinggi dan Tiada Agama Yang Setingginya".

sekadar berpendapat....

Read More..

Wednesday, July 23, 2008

rakyat Muslim Bosnia bersyukur


::Rodovan Karadzic::


(Bekas Presiden Serbia diberkas ketika naik bas di pinggir Belgrade)


BELGRADE: Bekas Presiden Serbia, Rodovan Karadzic yang diburu sejak 13 tahun lalu kerana merancang dan mengarahkan pembunuhan paling kejam di Eropah sejak Perang Dunia Kedua, berjaya diberkas kelmarin. Berita penahanan itu sememangnya dinantikan ramai penduduk Muslim Bosnia selepas Karadzic dinamakan dalang utama pembunuhan kejam sekurang-kurangnya 11,000 rakyat Bosnia berkenaan.

"Karadzic sudah dapat dikesan dan ditahan," kata Presiden Serbia Boris Tadic dalam satu kenyataan. Penahanan Karadzic kini menjadikan dua suspek jenayah masih diburu tribunal antarabangsa di The Hague, Belanda iaitu bekas komander tentera, Jeneral Ratko Mladic dan Goran Hadzic, bekas ahli politik Serbia yang didakwa terbabit dalam pembersihan etnik di Croatia. Karadzic dan Mladic, dikehendaki kerana pembunuhan kejam di Srebrenica apabila kira-kira 8,000 lelaki Muslim Bosnia yang tidak bersenjata, ditahan dan dibunuh. Mayat mereka kemudian dikumpul dan ditolak dengan jentolak ke dalam beberapa kubur besar pada Julai 1995.
Rodovan Karadzic
Bekas wakil Amerika Syarikat yang bertindak sebagai perunding Balkan ketika konflik pada 1990-an itu, Richard Holbrooke, menyifatkan Karadzic sebagai Osama bin Laden Eropah dan 'arkitek pembunuhan beramai-ramai.' Sumber kerajaan Serbia berkata Karadzic ditahan kelmarin selepas pergerakannya dipantau di Serbia sejak berminggu-minggu lamanya berikutan maklumat daripada agensi perisikan asing. Karadzic juga dikatakan tidak melawan ketika ditahan pihak berkuasa. Bekas presiden Serbia itu dikatakan menyamar sebagai doktor perubatan alternatif dan bekerja di sebuah klinik di Serbia dengan menggunakan identiti palsu ketika menyembunyikan diri selama 13 tahun.
Pegawai Serbia, Rasim Ljajic berkata Karadzic menyimpan rambut panjang, berjanggut dan memakai cermin mata untuk menyembunyikan wajahnya. Ljajic berkata dia berjalan secara bebas di jalan raya dan menyara hidup dengan menjadi doktor. Penyiasat melakukan proses pengenalan dirinya secara rasmi, termasuk ujian DNA sebelum Karadzic disoal siasat semalaman. Penahanan Karadzic adalah antara syarat utama menyertai Kesatuan Eropah (EU) yang sememangnya dimahukan majoriti rakyat Serbia. Bagaimanapun, kira-kira satu pertiga rakyatnya berkata mereka membantah keanggotaan itu sehinggalah EU menghentikan usaha menyokong kemerdekaan wilayah Kosovo. Sementara itu, berita penangkapan Karadzic disambut kegembiraan ramai penduduk yang berhimpun di jalan raya sekitar Sarajevo, bagi meraikan lelaki yang bertanggungjawab di atas pembunuhan ribuan nyawa rakan dan saudara mara mereka. "Saya terlalu gembira sehinggakan mengejutkan seluruh keluarga," kata penduduk, Fadil Bico, ketika deruan kereta dengan bunyi hon kedengaran sebagai tanda gembira. Stesen radio Bosnia pula menyiarkan semula petikan ucapan anti-Bosnia Karadzic ketika konflik berkenaan. - Reuters

Read More..

Tuesday, July 15, 2008

::Debat Minyak (Anwar Ibrahim vs Shabery Cheek)::

kul 9 pm td tlh berlangsungnyer debat antara Anwar (penasihat parti pakatan rakyat) & Shabery (menteri penerangan) berkaitan isu kenaikan harga minyak... mmg saya tgu2 saat ni iaitu saat2 Anwar keluar di khalayak ramai setlh kes liwat beliau...apa yg saya dpt simpulkn dr perdebtan td ialah saya perhatikn Shabery lbh kpd menyerang peribadi Anwar drpd tajuk perbahasan sebenar iatu kenaikan harga minyak...emmm sbb apa yer???mungkin sbb 'lost @ lack of point' kot...huhuh...tu just tanggapan saya...tp mmg perdebatan td jelas menunjukkn Shabery krg bersedia utk menjwb persoaln2 yg diajukn...yg plg menarik adalah beliau cuba lari dr menjawb soalan slh seorg penanya....emmm...????tp apa2 pun mmg perlu sekali2 dijlnkan perdebatan sihat mcm tu...

SEKADAR BERPENDAPAT.....

Read More..

::luahan hati seorang AKU::

salam....
dah lama x menulis ni rasa kaku plk tgn ni...alhamdulillah wa syukurillah setelah 4 thn menempuh cabaran kat uia ni akhirnya berjaya jgk smp final sem...fuh penat btl...lama jgk 4 thn tu...mcm2 pengalaman dah saya lalui...pahit, manis, masam, masin huhuhu....tp apa2 pun setiap kenangan mmberi seribu makna & memori yg akan berkekalan selama2 nyeer...huhuu sedey....lg2 thn lps saya ditabalkn sbg president MRC mahallah uthman 2007/2008 so byk la program2 yg tlh saya anjurkn & terlibat....fuh lg sedey nak tinggalkn rakyat2 jelata uthman...huhuhu....emmm nak tls apa lg yer????no idea...nak p mandi pastu solat pastu p meting pastu p study pastu bla bla bla....wassalam

Read More..

Monday, June 16, 2008

::TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI::

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .
Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)
Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.
Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Read More..