Friday, December 26, 2008

::Karya Habiburrahman ElShirazy::

Novel merupakan satu kisah atau pengalamn hidup yg merupakn khayalan ataupun realiti kehidupan yg dirakamkan dlm bntk penulisan. Sebenarnya saya tak brapa mnt bc novel sbb isinya yg terlalu panjg dan ayat2 yg agak ssh utk difhmi. Tapi, saya hati mula terbuka utk mmbc novel bila ada seorg kwn bg pnjm novel karangan Habiburrahman El Shirazy. Kebnykn novel2 beliau byk menyntuh soal cinta tapi dlm konteks Islam. Itulh sbnrnya yg menarik mnt saya utk mmbc novel2 karangan beliau. Kadang2 tu terasa seolah2 kita yg jd watak utama dlm citer tu sbb apa yg ditulis oleh penulis adalah pengalamn yg telah dilalui oleh ramai org. Ada seorg kwn saya tegur saya sbb asyik sgt bc novel. Tapi saya jwb just nak isi masa lapng. Drpd wat perkara yg x berfaedh, sekrng2nya blh jgk memotivasikn diri dgn mmbc novel, setuju??...huhu…Klu x cayer try la baca…huhu
Dlm byk2 karya Habiburrahman El Shirazy, hanya bebrapa novel jer yg smpt sy bc…saya try wat sinopsis novel2 yg dah saya bc sbb nak share dgn suma…

1) DI ATAS SEJADAH CINTA (telah difilemkan)



Novel ini mengisahkan seorang pemuda bernama Zahid yang terkenal dengan kezuhudannya. Hampir setiap saatnya dihabiskan di dalam masjid untuk bermunajat kepada Allah. Kezuhudan dan kesalihan Zahid tersebar di seluruh kota Kufah. Di kota itu ada seorang gadis yang sungguh rupawan anak kepada seorang bangsawan. Namanya Afirah. Pada suatu hari Zahid telah menolongnya ketika hampir jatuh dari kuda tunggangannya. Semenjak itulah berputik cinta di hati Zahid. Satu perasaan yang sering mengganggu solat dan munajatnya. Hatinya runsing kerana cintanya kepada manusia mengalahi cintanya kepada Allah. Setiap hari Zahid berdoa agar dijauhkan dari segala dugaan ini. Namun dia juga manusia biasa yang ada hati dan juga perasaan. Cinta itu adalah fitrah. Tanpa disedari, Afirah juga telah jatuh hati terhadap Zahid. Semenjak mengenali Zahid, peribadi Afirah telah berubah menjadi lebih baik. Kerana sudah tidak tertanggung, Zahid memberanikan diri bertandang ke rumah Afirah untuk melamarnya. Malangnya, Zahid telah terlambat kerana Afirah sudah dilamar dan ayahnya menerima lamaran tersebut tanpa bertanya pendapat Afirah terlebih dahulu. Hati Zahid berkecai. Namun cintanya terhadap Afirah masih kuat begitu juga perasaan Afirah terhadap Zahid. Apakah kesudahannya? Bersatukah Zahid dan Afirah? Mari sama-sama kita baca novel ini untuk mengetahui kisah selanjutnya…


2) KETIKA CINTA BERTASBIH (akan difilemkan, sedang dalam perancangan)

Sebuah novel yang mengisahkan tentang seorang mahasiswa di Universiti al-Azhar, Mesir. Siapa tidak mengenali Azzam, namanya terkenal di Iskandariah kerana kepakarannya dalam membuat bakso dan tempe. Pelajarannya terganggu akibat kesibukannya dalam bisnes tempe dan bakso. Matlamatnya sungguh murni ingin membesarkan adik-adiknya dan menyara ibunya di Indonesia. Iskandariah seolah-olah sudah menjadi seperti negaranya sendiri kerana sudah begitu lama menetap di sana. Eliana, seorang gadis yang merupakan kenalan rapatnya kerana bisnes. Eliana merupakan anak gadis seorang bangsawan di Iskandariah. Perasaan cinta terhadap Eliana mula berputik di dalam hati Azzam. Tetapi, ianya hilang kerana Eliana bukanlah gadis impiannya. Padanya Eliana cuma seorang gadis sekular yang berperwatakan barat. Manakala Azzam adalah seorang pemuda soleh yang begitu taat kepada perintah Allah. Dan tidak mungkin Eliana adalah pilihannya. Azzam menceritakan hasratnya untuk mencari pasangan kepada Pak Ali. Pak Ali kemudian memperkenalkannya dengan seorang gadis yang memenuhi citarasanya dan menyuruh Azzam supaya segera melamarnya. Gadis itu bernama Anna Althafunnisa, seorang siswi Indonesia yang mempunyai kecerdikan dan kecantikan yang luar biasa. Akan tetapi, takdir Allah mengatasi segalanya. Gadis itu telah dilamar oleh seorang pemuda yang tidak lain adalah kenalan Azzam sendiri. Selepas kejadian itu Azzam membatalkan niatnya untuk mencari pasangan. Apa yang penting baginya adalah menyara keluarganya di kampung dan menamatkan ijazahnya. Setelah berada di Indonesia Azzam telah bertunang dengan seorang gadis namun Azzam terpaksa melepaskan gadis itu kerana Azzam dan ibunya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Akibatnya, ibunya telah kembali ke rahmatullah. Namun, Azzam tetap tabah menghadapi segalanya. Rahmat Allah hanya pada hambanya yang bersabar. Azzam meminta pertolongan Pak Kiyai Lutfi untuk mencarikannya seorang pasangan hidup. Pak Kiyai Lutfi tidak lain adalah ayah Anna Althafunnisa. Pada satu hari Azzam telah mendapat satu berita paling gembira yang tidak pernah disangkanya selama ini. Apakah berita itu? Siapakah jodoh Azzam? Segalanya dapat diketahui jika anda memiliki novel ini…ikutilah kisah suka & duka Azzam dalam novel ini…

3) AYAT-AYAT CINTA (telah difilemkan)

Sebuah kisah yang telah difilemkan baru-baru ini. Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Fakhri yang juga merupakan seorang penuntut di Universiti al-Azhar, Mesir. Fakhri merupakan seorang pemuda yang tekun dalam menuntut ilmu terutamanya ilmu agama. Hampir seluruh masanya dihabiskan untuk menadah kitab di masjid-masjid. Perwatakannya yang terpuji menarik minat ramai gadis-gadis bukan sahaja siswi Indonesia malahan gadis Mesir untuk mengenalinya dengan lebih rapat. Seorang gadis Mesir yang juga jirannya bernama Maria adalah salah seorang dari mereka. Gadis itu mula menaruh hati terhadapnya tanpa dia sendiri menyedarinya. Fakhri menganggap gadis Mesir itu cuma sebagai seorang kawan dan jiran yang baik dan tidak lebih dari itu. Fakhri juga seperti pemuda lain yang ingin hidup berpasangan. Setelah mendapat restu dari ibunya pada suatu hari Fakhri menemui Syaikh Utsman menyatakan hasratnya itu. Lalu Syaikh Utsman memberikannya 2 keping gambar dan meyuruhnya untuk solat istikharah agar diberikan petunjuk. Syaikh Utsman memberitahu bahawa Fakhri mengenali gadis itu. Perasaan risau, takut dan bingung menguasai dirinya tatkala ingin dipertemukan dengan gadis itu di rumah Syaikh Utsman. Alangkah terkejutnya Fakhri tatkala melihat wajah gadis itu. Siapakah gadis itu? Benarkah Fakhri telah mengenalinya? Bagaimana pula dengan Maria? Segala persoalan ini akan terjawab bila anda memiliki novel ini…

2 comments:

Eha said...

setuju..membaca novel dapat memotivasikan diri.. novel yang di tulis itu bukan ilusi semata.. Ia berkisar tentang putaran kehidupan..
banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dengan membaca novel.
Apa pendapat saudara bila ada yang mengatakan novel-novel Melayu ini kurang berkualiti?

Anonymous said...

btl tu...asal jgn lupa bc al-Quran dh la...
stkt ni blm prnh plk sy dgr komen yg mengtakn novel melayu x bkualiti...tp x mustahil klu ada yg brpndpt sbgitu...
pd sy kualiti sesebuah novel terltk pd isi serta nilai2 murni yg trkndung dlm novel itu...dan sdh pasti menggunakn bhs yg brkualiti...x kira la bhs apa pun...
skadar brpndapt...