Monday, June 16, 2008

::TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI::

Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .
Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)
Soalan keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaa lik.
Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Read More..

Sunday, June 1, 2008

Hidupkan tradisi musyawarah, elak berbantah-bantah

Oleh Wan Abd Rahim Wan Mohamad (berita harian: Khamis;29 Mei 2008)

PERBINCANGAN adalah tradisi ulama zaman silam. Berkembangnya ilmu pada zaman keagungan Islam disebabkan hidupnya suasana muzakarah di kalangan mereka. Mereka mampu memberi hujah tepat, dalil yang benar dan bernas di atas apa juga permasalahan umat.

Malangnya suasana itu semakin hilang. Muzakarah diganti dengan berbantah-bantah. Umat Islam terseret ke gelanggang pertikaman lidah, bertegang leher dalam suasana panas dan sensitif. Ia berlaku di mana saja, di kedai kopi, stesen bas hatta dalam masjid.

Seorang bijak pandai pernah berkata: "Mujadalah iaitu berbantah-bantah tidak akan menghidupkan ilmu, sebaliknya ia menimbul bibit sengketa lebih dahsyat. Rosaknya masyarakat kerana banyaknya mujadalah akibatnya kebenaran dicari semakin jauh, api permusuhan pula semakin marak."


Sudah tiba masanya kita hentikan pertikaman lidah dan berbantah bagi menghidup tradisi musyawarah demi membina umat yang kuat dan mantap. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Barang siapa meninggalkan mujadalah pada ia dalam kesalahan, maka Allah akan binakan istana baginya di tepi syurga. Barang siapa meninggalkan bermujadahlah itu pada ia dalam kebenaran, maka Allah akan bina istananya dalam syurga."

Sebenarnya pertelagahan meruntuh umat seperti umat terdahulu pernah runtuh dan hancur kerana pertelagahan. Allah melarang kita daripada berpecah-belah dan berselisih faham dalam firman-Nya bermaksud: "Dan janganlah kamu menjadi serupa orang berpecah belah dan berselisih selepas datang kepadanya bukti terang mereka itu akan mendapat azab besar." (Surah Ali-Imran, ayat 105)

Oleh itu, tiba masanya kita hentikan perdebatan dan berbantah-bantah bagi membina kembali kekuatan umat melalui pendekatan kasih sayang. Allah berfirman bermaksud: "Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah-lembut kepada mereka. Kerana jika engkau keras hati nescaya mereka berpecah dari sekelilingmu. Lantaran itu ampunkanlah mereka dan mintalah ampun untuk mereka dan ajaklah mereka bermusyawarah dalam urusan itu." (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Firman Allah lagi bermaksud: "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya." (Surah an-Nahl, ayat 125)

Demikianlah ajaran Islam, menyeru umat manusia dengan hikmah dan bijaksana. Jauh daripada sesuatu membawa debat dan pertelagahan kerana asas agama mulia ini terpaut dalam persefahaman, perpaduan serta saling bantu-membantu.

Read More..