Tuesday, August 5, 2008

::KenAnGAn::


"...Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah...
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang...
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan....
Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir...
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir...
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan...
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya...
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa..."

Read More..

::FATWA KONTEMPORARI (Suara wanita & fitnah)::

Sebahagian orang berprasangka buruk terhadap wanita. Mereka menganggap wanita sebagai sumber segala bencana dan fitnah. Anehnya, mereka juga mengemukakan dalil- dalil agama untuk menguatkan pendapat itu, sehingga kadang- kadang tidak sahih dan adakalanya sahih tetapi mereka salah memahami maksud sebenar dalil itu. Seperti hadis tentang peringatan terhadap fitnah wanita:
“Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada fitnah wanita”.
Apakah maksud hadis tersebut dan hadis- hadis lain seperti itu? Mereka juga mengatakan, “sesungguhnya suara wanita itu sebagaimana wajahnya yaitu aurat. Wanita dikurung dalam rumah sampai meninggal dunia.”

Jawapan:
Islam memuliakan wanita sebagai manusia yang diberi tugas dan tanggungjawab yang kukuh seperti lelaki yang kelak akan mendapat pahala atau siksa sebagai balasan. Tugas yang mula- mula diberikan Allah kepada manusia tidak dikhususkan untuk lelaki tetapi juga wanita. (lihat surah Al- Baqarah: 35)
Namun dewasa ini masih banyak umat Islam yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi hak- haknya serta mengharamkan apa yang telah ditetapkan oleh syara’. Di samping itu mereka kerap menisbahkan pendapat dengan hadis Nabi s.a.w yang berbunyi: “Bermusyawarahlah dengan kaum wanita kemudian langgarlah (selisihlah)”.
Hadis ini sebenarnya palsu (maudhu’).
Mereka juga sering menisbahkan kepada perkataan Ali bin Abi Talib bahawa ”wanita itu keji segalanya dan segala kekejian itu bermula dari wanita”. Perkataan ini tidak dapat diterima sama sekali kerana ia bukan dari logik Islam dan tidak ada dalam nash. Mereka juga mengatakan bahawa suara wanita itu aurat, tetapi ketika ditanyakan dalilnya yang dapat dijadikan sandaran mereka tidak dapat menunjukkannya.
Apakah mereka tidak tahu bahawa Al- Quran memperbolehkan lelaki bertanya kepada isteri- isteri Nabi s.a.w dari sebalik tabir? Bukankah isteri- isteri Nabi itu mendapat tugas dan tanggungjawab yang lebih berat, sehingga ada perkara yang diharamkan kepada mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian Allah berfirman:
“..Apabila kamu meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri- isteri nabi) maka mintalah dari belakang tabir..” (Al- Ahzab: 53)
Yang dilarang bagi wanita ialah...melunakkan pembicaraan untuk menarik lelaki yang boleh diistilahkan dengan al- khudhu bil-qaul (tunduk/lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana firman Allah Taala:
”Hai isteri- isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucaplah perkataan yang baik”.(Al- Ahzab: 32).
Namun begitu bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan lelaki lain. Orang-orang yang merendahkan wanita itu sering memahami hadis dengan salah,mereka menyampaikan hadis sahih bukhari seperti: “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi lelaki daripada wanita”. Mereka telah salah faham. Kata fitnah dalam hadis di atas mereka ertikan dengan “wanita itu keji dan merupakan azab, ancaman, atau musibah yang ditimpakan manusia seperti ditimpa kemiskinan, penyakit dan kelaparan.” Mereka lupa suatu masalah yang penting yaitu manusia juga difitnah dan diuji dengan kenikmatan lebih banyak daripada diuji dengan musibah.
Allah berfirman:
“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya..(Al- Anbiya: 35)
Al-quran juga ada menyebut harta dan anak- anak yang merupakan kenikmatan hidup dunia sebagai fitnah yang harus berwaspada, sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya hartamu dan anak- anakmu hanyalah cubaan bagimu..”
(At- Taghabun: 15)
Sebagaimana dikhuwatirkan manusia akan terfitnah oleh harta dan anak- anak, begitu juga dengan wanita. Firman Allah:
Hai orang- orang beriman, sesungguhnya di antara isteri- isterimu dan anak- anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati- hatilah kamu terhadap mereka..”(At- Taghabun: 14). Wanita menjadi fitnah apabila mereka menjadi alat untuk membangkitkan nafsu dan keinginan dalam hati lelaki. Ini merupakan bahaya yang sangat besar.
Note: Ringkasan dari Syeikh Yusof Al- Qaradhawi di dalam bukunya fatwa Mua’asharah vol.2.
Diringkaskan oleh: Siti Sakinah bt Mohd Khirrudin

Sumber: www.al-ahkam.net

Read More..

Sunday, August 3, 2008

::Munajat Rabiatul Adawiyyah::

"Kujadikan Engkau teman bercakap dalam hatiku.
Tubuh kasarku biar bercakap dengan yang duduk
Jisimku biar bercengkrama dengan Taulanku
Isi hatiku, hanya tetap Engkau sendiri"

"Wahai Tuhanku, Tenggelamkanlah daku dalam mencintai-MU,
sehingga tidaklah aku tidak lagi mebimbangkan- MU ya Tuhan.
Bintang di langit telah gemerlapan, mata telah bertiduran,
pintu-pintu istana telah terkunci dan tiap pencinta
telah menyendiri dengan yang dicintainya,
inilah aku berada di hadirat-MU"

"Tuhanku, malam telah berlalu dan siang
segera menampakkan diri, aku gelisah,
apakah amalanku Engkau terima hingga aku merasa bahagia,
ataukah Engkau tolak sehingga aku merasa sedih.
Demi keMaha kuasaan-MU, ini lah yang akan kulakukan
selama Engkau beri daku hidup.
Sekiranya jika Engkau usir daku depan pintu-MU
aku tak akan pergi karena cinta pada-MU telah
memenuhi hatiku......

Read More..

Wednesday, July 30, 2008

::Isra' Mi;raj (27 Rejab 1429H=30 Julai 2008)::

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w...

Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.

1.Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Betlehem, tempat lahirnya Isa putera Maryam.

2.Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.

3.Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.

4.Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.

5.Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Read More..

Monday, July 28, 2008

BoriNG2....

x tau nak wat apa ni...tgu azan lama lg...kebetulan arini posa plk tu...klu x posa blh jgk ptg2 mcm ni main futsal ke bola ke...maklum la bln Rejab ni kan di sunat kan berposa...nabi pun galakkan kita berposa pd bln Rejab n Sya'aban sblm dtg nyer Ramadhan...ckp psl posa ni rasa mcm kejap jer dah dtg blk Ramadhan...alhamdulillah akhirnya akan bertemu semula kita dgn bln yg pnh rahmat n berkat...tp sebelum posa wajib rajin2 kan la diri berposa sunat...nnt x la rasa terseksa sgt time posa wajib...jd kan bln Rejab n Sya'aban sbg bln2 latihan utk menempuh ujian yg sebenar pd bln Ramadhan nnt...klu mcm dulu kat kampung masa kecik2 saya suka tukar2 kuih dgn jiran2...tp sekarng ni jiran pun dah x ramai kat kampng...so posa dah x meriah dah mcm dulu...dah la x elok byk berckp masa posa ni...nak kuar beli mkn wat buka...ok wassalam...


Read More..