Thursday, May 15, 2008

::buah hatiku::

Lafaz yang tersimpan… (UNIC)


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkanlahku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah
Hanyalah sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah
Hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan.

Read More..

Thursday, May 8, 2008

::petua2::

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan :
1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan:

1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata:

1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata:

1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran:

1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama.

4 CARA TIDUR :
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Read More..

::Nilai Seorang Sahabat::

Malam tadi kamu dan kawan baikmu bertengkar. Kamu membuat keputusan tak mahu bercakap dgnnya keesokan harinya.Dia senyum kepadamu. Sebaliknya kamu mengetap gigimu kpdnya. Dia menceritakan perkara yg baik tentang kamu kpd kwan2nya yg lain. Kamu pula menyebarkan khabar angin mengenainya.Dia cuba mendekatimu dan menegurmu.Tapi kamu tolaknya ke tepi. Baginya kamu seorg kawan yg terbaik.Kamu pula rasa dia seorg kawan yg paling teruk pernah kamu jumpa. Dia pun menulis nota kpdmu dan menceritakan semula kenangan manis ygpernah kamu dan dia kongsi bersama.Kamu pula menulis semua saat buruk yg kamu ingat sepanjang bersamanya.Jauh di sudut hatimu kamu mengasihaninya. Tapi di hatimu sudah penuh dgn kebencian. Keesokan harinya kamu jumpa satu nota drpdnya:

"dear Sahabatku,saya cuba memberitahu kamu semlm tapi kamu tak beri peluang utk saya bercakap. Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut utkmendengarnya. Saya cuba utk senyum kpdmu tapi kamu sambut senyuman sayadgn kebencian. Skrg ni keadaan saya sgt teruk dan makin teruk. Saya minta maaf sbb hari ni saya tak dpt berjumpa dgn kamu. Saya tulis surat semasa saya di hospital.saya sudah kesuntukan masa.Saya minta maaf sbb terpaksa beritahu kamu skrg. Saya minta maaf atas pergaduhan kita,kamu mmg seorg kawan yg hebat. Saya janji saya akan sentiasa memerhatikan kamu.Salam kasihsayang..."

Kamu pun berlari ke hospital utk meminta maaf pdnya. Tapi hanya ibunya saje yg ada di situ. Ibunya menekap mukanya dgn kedua belah tgnnya. Dan dia pun menangis.dia melutut dan berdoa supaya tuhan kembalikan anaknya.Kamu sudah terlambat.Kamu berharap dpt beritahu kawanmu yg kamu minta maaf dan ucapkanselamat tinggal...

Pengajarannya:semua kawan ada masa naik dan turun.dan kadangkala kamu perlu memintamaaf. Jgn tunggu org lain melakukannya dulu. Sbb kamu takkan tahu ape akanterjadi esok hari. Kalau kamu benar2 sygkan kawanmu dan sanggup berkawan hingga nafas terakhir,tolong forwardkan msg ini dan tunjukkan pdnya yg kamu benar2mempunyai hati dan perasaan.Kamu masih berhati perut jika kamu fwrdkan msg ini pd seorg shj. Tapijika kamu tidak buat begitu, boleh katakan yg bila kamu perlukanpertolongan, tiada siapa yg akan membantu kerana kamu tidak mengingatisurat ini.I'm thankful u're my fren!Kwn2ku, maafkan daku diatas keterlanjuran dan prbuatanku yg mnyakitkn ati kamu sume...semoge kite kekal sebagai kwn yang saling beri pertolongan antare satu sama lain...Maafkanlah aku...

Read More..

Wednesday, May 7, 2008

Antara cinta dan persahabatan
Andainya ku diberi pilihan untuk memilih di antara kedua-duanya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku

Cinta
Suatu ungkapan yang belum pastikan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan
Pastinya kan merentap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara di bibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan Ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal, beremosi, penyayang dan berperasaan

Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati
Keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup ini

Persahabatan yang murni dan suci
Adalah sebuah perhubungan disulami dengan benang kejujuran
Diwarnai dengan keikhlasan
Dicurahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku
Sejak perkenalan kita

Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar kalian sentiasa mengingati diriku.

::kalam zabarjad…

Read More..