Monday, June 16, 2008
::TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI::

Sunday, June 1, 2008
Hidupkan tradisi musyawarah, elak berbantah-bantah
Oleh Wan Abd Rahim Wan Mohamad (berita harian: Khamis;29 Mei 2008)
PERBINCANGAN adalah tradisi ulama zaman silam. Berkembangnya ilmu pada zaman keagungan Islam disebabkan hidupnya suasana muzakarah di kalangan mereka. Mereka mampu memberi hujah tepat, dalil yang benar dan bernas di atas apa juga permasalahan umat.
Malangnya suasana itu semakin hilang. Muzakarah diganti dengan berbantah-bantah. Umat Islam terseret ke gelanggang pertikaman lidah, bertegang leher dalam suasana panas dan sensitif. Ia berlaku di mana saja, di kedai kopi, stesen bas hatta dalam masjid.
Seorang bijak pandai pernah berkata: "Mujadalah iaitu berbantah-bantah tidak akan menghidupkan ilmu, sebaliknya ia menimbul bibit sengketa lebih dahsyat. Rosaknya masyarakat kerana banyaknya mujadalah akibatnya kebenaran dicari semakin jauh, api permusuhan pula semakin marak."
"Barang siapa meninggalkan mujadalah pada ia dalam kesalahan, maka Allah akan binakan istana baginya di tepi syurga. Barang siapa meninggalkan bermujadahlah itu pada ia dalam kebenaran, maka Allah akan bina istananya dalam syurga."
Sebenarnya pertelagahan meruntuh umat seperti umat terdahulu pernah runtuh dan hancur kerana pertelagahan. Allah melarang kita daripada berpecah-belah dan berselisih faham dalam firman-Nya bermaksud: "Dan janganlah kamu menjadi serupa orang berpecah belah dan berselisih selepas datang kepadanya bukti terang mereka itu akan mendapat azab besar." (Surah Ali-Imran, ayat 105)
Firman Allah lagi bermaksud: "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik-baiknya." (Surah an-Nahl, ayat 125)
Demikianlah ajaran Islam, menyeru umat manusia dengan hikmah dan bijaksana. Jauh daripada sesuatu membawa debat dan pertelagahan kerana asas agama mulia ini terpaut dalam persefahaman, perpaduan serta saling bantu-membantu. Read More..
